KedahHouseForSale.com
Tentang Kami

Penasihat Hartanah Tempatan Kedah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

KedahHouseForSale.com bermula daripada satu pemerhatian mudah: pembeli rumah pertama di Kedah sukar mendapatkan maklumat lengkap dan jujur dalam bahasa yang mereka selesa. Portal hartanah arus perdana sering memaparkan KL dan Penang, manakala kawasan kami — Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Bedong, Pendang — kerap terlepas dari peta.

Kami wujud untuk menutup jurang itu. Laman ini menyenaraikan projek perumahan baru, rumah subsale, dan rumah sewa di seluruh Kedah, lengkap dengan harga sebenar, info pemaju, dan panduan pembiayaan yang relevan tempatan — termasuk LPPSA penjawat awam, Wakaf Rezab Melayu, dan Skim Rumah Mampu Milik Kedah.

Pasukan KedahHouseForSale.com
Misi Kami

Membantu Pembeli Rumah Pertama Kedah

Pembeli rumah Kedah berhak dapat maklumat yang sama lengkap dan telus seperti pembeli di KL atau Penang.

Liputan Tempatan

Dari Mergong di Alor Setar hingga Bandar Permata Lunas di Kulim. Semuanya kami liputi.

Bahasa Melayu dan Inggeris

Semua panduan dalam bahasa harian — tiada jargon undang-undang/perbankan tanpa penjelasan.

Rangkaian Berlesen

Ejen hartanah BP (berdaftar LPPEH).

Pasukan Kami

Penulis & Penyumbang

Foto Alpian Ali

Alpian Ali

Perunding Hartanah Kedah & Pulau Pinang

Alpian Ali ialah perunding hartanah berdaftar BP Group yang menetap di Sungai Petani, Kedah. Berasal dari Kedah, beliau memahami pasaran hartanah tempatan dari dalam — daripada projek perumahan baru di Sungai Petani dan Kulim, hingga rumah subsale di Alor Setar dan kawasan pinggir bandar. Selain hartanah, Alpian juga seorang pensyarah di IPG Kedah, menjadikan pendekatan beliau lebih tersusun, telus, dan mudah difahami oleh pembeli pertama kali.

  • • Ejen berdaftar LPPEH — BP Group
  • • 3+ tahun fokus pasaran Kedah & Pulau Pinang
  • • Pakar pembiayaan LPPSA, Wakaf Rezab Melayu & skim perumahan Kedah

Ruang Kerja Kami

Beroperasi di Sungai Petani, jantung Kedah, memberikan akses mudah ke Alor Setar di utara dan Kulim di selatan. Kami juga menggunakan rangkaian rakan ejen di setiap daerah utama untuk memastikan setiap penyenaraian disahkan secara tempatan.

Ruang kerja KedahHouseForSale

Sedia untuk cari rumah idaman anda di Kedah?

Hubungi kami sekarang untuk dapat senarai projek dan rumah subsale terkini, plus khidmat nasihat percuma daripada perunding hartanah tempatan.